Friday 20 January 2012

Informasi Tentang Pallova2 Foot Patch


Assallamualaikum..

Informasi Tentang Pallova2 Foot Patch


Bahan Aktif:-
Distilled Bamboo Vinegar


1. Meningkatkan kelenaan tidur.
Detoksifikasi berjalan semasa anda tidur. Ini akan membuat anda tidur dengan lena dan bangun berasa lebih segar. Menyediakan kualiti rehat yang lebih baik .

2. Membantu dalam rawatan apa-apa penyakit  yang anda mungkin mengalami.
Zon dalaman kaki anda ada hubungan langsung dengan organ-organ dalam tubuh badan anda, oleh itu anda mendapat proses detoksifikasi yang lebih menyeluruh  yang akan membersihkan sistem badan anda bagi membantu rawatan penyakit yang membuat anda kurang sihat.

3. Melegakan tekanan.
Pembersihan sistem anda adalah seperti melegakan anda dari bebanan. Oleh itu, proses ini memberikan anda kelegaan daripada tekanan, memastikan anda tenang dan membawa kembali keseimbangan dalam kehidupan anda.

4. Meningkatkan kadar metabolisme anda.
Kadar metabolik yang meningkat akan membantu dalam proses mengekalkan berat badan yang lebih sihat dan pasti akan membantu dalam mengurangkan berat badan atau meningkatnya bergantung pada tahap kesihatan anda. Ini dapat mengembalikan berat badan yang sewajarnya jika anda gandingkan dengan senaman harian.

5. Mengukuhkan sistem imuniti dalam badan.

6. Melancarkan peredaran darah yang dapat meningkatkan mencergaskan badan.

Cara-cara menggunakan Foot Patch ini
1. Sebelum tidur, tampal patch kaki pada setiap tapak kaki anda. Pastikan kawasan yang akan dilekatkan di atas adalah bersih dan kering. Ini akan memastikan bahawa pelekat itu tidak akan tanggal dengan mudah, menjadikan tampalan kaki tidak berkesan kerana ia tidak menyentuh tapak kaki di seluruh penggunaannya.

2. Patch kaki juga boleh digunakan terus ke kawasan yang terjejas, contohnya tulang belikat, leher, lutut dan buku lali. Walau bagaimanapun, kesan yang terbaik adalah yang diperolehi daripada menampal patch terus pada tapak kaki kedua-dua kaki.

3. Tempoh setiap penggunaan: 6 hingga 8 jam

4. Tempoh rawatan untuk pengguna kali pertama: menggunakan setiap hari selama 2 hingga 4 minggu, selepas itu 1 hingga 3 kali seminggu, bergantung kepada tahap perubahan warna patch selepas setiap penggunaan: patch yang cerah menunjukkan kadar toksin dalam badan yang lebih rendah.


Sila Lihat Rajah di bawah ini:-
Perhatikan hubungan tapak kaki anda dengan organ-organ dalaman badan yang berbeza. Anda boleh mengeluarkan toksin dari bahagian-bahagian ini jika anda lekatkan patch ke kawasan yang ada hubungan dengan organ dalaman. Oleh itu, apabila kegelapan patch telah berkurangan, anda boleh tampal patch ini ke bahagian-bahagian lain semata-mata untuk membuang toksin daripada organ dalaman yang tertentu yang sesuai dengan kawasan baru yang anda telah tampalkan patch ini.


AMARAN !!!
1. Foot Patch hanya digunakan secara luaran.

2. Jangan tampal pada luka terbuka, bahagian badan radang, orifis badan, separuh bahagian atas muka, mata atau mana-mana kawasan berhampiran mata.

3. Dalam kes sakit yang teruk, berhenti segera dan dapatkan bantuan perubatan.

4. Jangan gunakan patch terpakai.

5. Jangan sekali-kali koyakkan patch dan makan isinya.

6. Jauhkan daripada kanak-kanak.

7. Tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun.

Patch kaki tidak bermaksud untuk merawat sebarang penyakit dan jangkitan.

No comments:

Post a Comment