Wednesday 20 June 2012

Urut untuk kesihatan http://bit.ly/WDuFPY

Assallamualaikum...

Semenjak beberapa tahun, mungkin ada dalam 10 tahun kebelakangan ini setelah khidmat pengurutan di komersialkan secara berleluasa, asas atau objektif pengurutan sudah jauh tersasar dari asal. Dahulunya, seseorang akan pergi mencari tukang urut jika dia ingin sembuh dari sakit2 urat-saraf atau pun sengal2 pinggang. Terutama sekali bagi kaum wanita yang baru lepas bersalin. Untuk kaum lelaki pula, mereka akan mencari tukang urut yang dapat menguatkan "senjata" kelamin mereka atau pun untuk memulihkan tenaga dalaman mereka.

Namun sekarang, semenjak kaedah urut reflexology semangkin popular, urutan menjadi suatu riadah untuk seseorang itu merasa sedap di urut. Jadi urut untuk kesihatan sudah tidak diberi perhatian lagi. Sekarang pelanggan akan ditanya berapa lamakah mereka ingin diurut, bukan dibahagian mana harus diberi perhatian untuk menyembuhkan penyakit.

Jadi di sini saya ingin mengembalikan semula fokus urut untuk kesihatan. Melalui kaedah ini, tukang urutlah yang akan menentukan berapa lama harus dia lakukan urutan ini. Ini adalah kerana tujuannya adalah untuk merawat penyakit, tetapi ianya harus diulang-ulang sebanyak tiga kali bagi rawatan total. Perlu diingat urutan seperti ini selalunya yang kena urut akan berasa sakit jika tempat2 yang ingin pulih diberi rawatan sehingga perasaan sakit itu hilang, menandakan pemulihan sepenuhnya sudah pun dikecapi.



Kaedah urut kami ialah

1. Minyak yang kami gunakan yang membantu 80% rawatan keatas pelanggan

2. Urutan lebih berfungsi sebagai penekanan atau penolakan "angin" serta untuk meyapu minyak kami agar proses rawatan dapat diselenggarakan dengan sempurna bagi pemulihan penyakit yang ditanggung oleh pelanggan.

Diantara penyakit2 kronik yang dapat dirawat melalui kaedah ini adalah yang disenaraikan di bawah iaitu :-
a. Darah Tinggi
b. Kencing Manis
c. Rawatan untuk pesakit "Stroke" atau Angin Ahmar
d. Melawaskan pencernaan najis.
e. Mengeluarkan Toxin dari badan.
f. Memulihkan dan menguatkan tenaga kelamin Lelaki

Setelah disapukan minyak urut kami, anda akan dapat melihat sendiri urat2 di bawah kulit mengembang dalam masa 15 saat. Ini dengan serta-merta melancarkan perjalanan darah anda dan sekali gus dapat membantu memulihkan secara beransur-ansur sel-sel badan yang telah rosak penyebab sakit2 kronik berlaku. Paling cepat kesannya dapat dirasakan adalah dalam masa 30 minit selepas urutan, setelah minyak disapukan terhadap kawasan yang bermasalah tadi menyerap sepenuhnya kedalam urat-saraf pesakit.

Seperti yang telah kami tekankan di atas, 80% rawatannya adalah dari perjalanan minyak kami keseluruh badan. Minyak ini menyerap dan pelanggan harus tidak terasa badan mereka berminyak selepas diurut. 20% adalah teknik mengurut, dari itu teknik mengurut menggunakan minyak kami amat mudah dikuasai.

Oleh sebab inilah kami dapat menawarkan kursus mengurut pada sesiapa saja yang sanggup belajar. Setelah itu anda terus dapat memberi urutan effektif menggunakan kaedah yang telah dipelajari menggunakan minyak urut kami. Ini boleh menjana pendapatan jika anda rajin berusaha mendapatkan pelanggan. Kami amat yakin bahawa pelanggan akan mencari anda dan seterusnya merekomen khidmat urut anda kepada kawan2 mereka kelak.

Inilah konsep yang buat julung2 kalinya diadakan disini. Iaitu bukan hanya pelanggan dapat menerima urutan untuk kesihatan tetapi juga memberi peluang kepada sesiapa saja  yang berminat untuk memulakan usaha sendiri. Anda juga boleh menjadi pengedar minyak urut kami yang telah anda nikmati khasiatnya sendiri. Konsep ini bukanlah MLM tetapi peluang perniagaan yang mudah lagi ringkas.

Satu lagi usaha kami yang amat rapat dan berhubung-kait dengan ini adalah Senaman Melayu Perkasa. Senaman ini memberi kesinambungan setelah anda melalui process rawatan urut kami.

No comments:

Post a Comment