Monday 30 January 2012

Panduan Pengguna Makanan Tambahan Alami


Assallamualaikum ...
Kehadapan pengguna yang saya sanjungi,

S
aya bebesar hati kerana dapat membawa kepada anda pelbagai makanan tambahan kesihatan herba dan juga bahan dari sumber semula-jadi tanpa campuran bahan pengawet.

Bahan pengawet akan merosakkan organ-organ dalaman kita. Mengambil makanan tambahan yang mengandungi bahan pengawet dan ubat sintetik (buatan manusia) adalah satu punca kita boleh mengalami penyakit-penyakit kronic seperti kencing manis, darah tinggi, cancer dan lain-lain.

Perkara yang amat penting bagi pelbagai produk kesihatan yang saya edarkan ini ialah semua bahan-bahannya dari alam semula-jadi tanpa sebarang campuran dari bahan-bahan buatan manusia yang kita semua maklum adalah dari elemen-elemen sintetik.
Bahan-bahan yang berasal dari alam akan bertindak dan akan menyegerakkan mengikut rentak badan kita dengan secara semula-jadi. 
Proses ini akan mengambil sedikit masa dan dengan dos yang konsisten setiap hari atau berselang-seli hari, semua penyakit yang dialami terutama sekali penyakit-penyakit kronic seperti darah tinggi, kencing manis, kadar kolesterol yang tinggi dan lain-lain, akan hilang secara beransur-ansur dan akan terhapus akhirnya. Oleh itu, jika anda mencari satu tindakan pantas seperti kesan "Viagra", maka anda akan kecewa jika anda fikir memakan suplement dari herba akan memberi kesan serta-merta.
Viagra adalah daripada dadah sintetik buatan manusia dan itulah sebab utama dosnya boleh menghasilkan kepuasan segera tetapi dadah sintetik ini akan sentiasa membawa kesan sampingan kerana ia menghakis sel-sel kita dan organ-organ dalaman untuk mencapai hasil tersebut. Manakala herba dan produk semula-jadi akan menyembuhkan sel-sel kita dan organ-organ dalaman terlebih dahulu sebelum kita boleh dapat merasa segar kembali dan seterusnya menjadi benar-benar sihat. Maka barulah kesan "viagra" akan mula dirasai sebagaimana yang dituntut oleh makanan tambahan herba itu. Sebagai contoh, tuntutan makanan tambahan Energy Booster untuk lelaki yang mendakwa ia akan membantu meningkatkan daya seksual kaum lelaki dan juga merawat keadaan mati pucuk (erectile dysfunction) hanya akan dapat dicapai selepas memakannya untuk beberapa hari dengan beristiqamah. Justeru selepas berbuat demikian dan anda telah dapat mengatasi kondisinya, badan anda akan terus menikmati status kesihatan yang terbaik buat jangka masa yang panjang.Sila ikut dos yang disyorkan kerana peningkatan dos tidak akan mempercepatkan hasilnya. Badan kita akan mengambil masa untuk sembuh dan ini tidak akan berlaku serta-merta. Walau bagaimanapun, apabila badan kita telah sembuh, kita akan mula berasa lebih sihat dan cergas sepanjang masa kerana suplemen kesihatan telah membantu tubuh kita dalam proses penyembuhan. Teruslah mengambil dos yang betul kerana ini akan memastikan badan kita kekal sihat selama yang mungkinYa, kita semua tidak boleh mencegah kematian, tetapi kita semua harus mendapatkan kehidupan yang lebih berkualiti sepanjang hayat. Melabur dalam kesihatan anda adalah salah satu yang paling penting kerana ia adalah blok asas kehidupan yang boleh memastikan anda menjalani gaya hidup yang terbaik dan mencapai segala-galanya yang dicita... Inshaa Allah... Amin Ya Rabbal 'Alamin.

No comments:

Post a Comment